HAJI LUKMAN BIN ABU BAKAR, berusia 56 tahun merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Syarikat Larkin Sentral Property Bhd, beliau memegang jawatan tersebut sejak tahun 2011. Beliau kini merupakan Pengarah Urusan di Johor Land Berhad sejak 1 Januari 2010. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1982 dan mula berkhidmat di JCorp sebagai Pegawai Perancangan Bandar pada tahun yang sama. Beliau juga memiliki Diploma Siswazah (Perumahan, Bangunan, dan Perancangan) dari Institute of Housing Studies, Rotterdam, Holland pada tahun 1985. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengurus JCorp pada tahun 1989 dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1991. Pada tahun 1992, beliau dilantik sebagai Pengurus dan Timbalan Setiausaha, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang). Pada tahun 1993, beliau menyertai Sindora Berhad sebagai Timbalan Pengurus Besar dan dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar pada tahun 1995. Tanggal 1 Januari 2006 beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan JCorp sehingga tahun 2008. Pada 1 Julai 2008 pula, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dan beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua yang pertama. Perkhidmatan beliau tamat pada 31 Ogos 2009 apabila pengurusan Majlis Perbandaran diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor. Beliau kini adalah Pengarah Urusan Johor Land Berhad (JLand) sejak 1 Januari 2010 dan Naib Presiden Kanan / Ketua Eksekutif Bahagian Hartanah JCorp sejak 1 Januari 2011. Beliau juga Pengerusi Syarikat Pengangkutan Maju Berhad. Beliau juga merupakan pengarah WANCorp.